Sembang : Takaful vs Insurans

Mal rasa semua orang tahu fungsi insurans dan takaful.

Fungsi Takaful/Insurans (secara am):

Sebagai:

Perlindungan

Sekiranya berlaku sebarang:

kemalangan
atau
kematian pra-matang

Dalam bentuk:

Pampasan tunai

Kepada:

Peserta atau waris*

(* sama ada dinamakan atau faraid)

Situasi semasa di Malaysia berkenaan Takaful.

Di Malaysia, kadar penembusan takaful hanya sekitar 17% sahaja.
Insurans konvensional pula pada 54%.

Membawa maksud, hanya 17% sahaja masyarakat Malaysia yang mempunyai pelan perlindungan takaful.
Laporan kadar penembusan takaful di Malaysia setakat November 2021.

Pada Mal peratusan ini adalah masih sangat rendah, terutamanya memandangkan majoriti penduduk di Malaysia adalah beragama Islam.

Soalan:
Kenapa ramai tak ambil pelan Takaful/Insurans?

Kerana kadar celik kewangan rakyat Malaysia masih rendah.

Masyarakat di Malaysia masih kurang pendedahan terhadap ilmu mengenai pengurusan risiko, yang merupakan elemen paling penting dalam pengurusan kewangan peribadi.

Menurut kajian oleh S&P Global FinLit Survey, kadar celik kewangan penduduk Malaysia hanyalah pada 36% sahaja.

Masih ada yang percaya kos rawatan di hospital kerajaan adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya.
Tak faham mengenai kepentingan pengurusan risiko.
Atau langsung tak memahami apa itu risiko.

atau

Mungkin yang mereka nampak hanyalah rugi untuk ambil takaful atau insurans.
Kena bayar setiap bulan tapi tak dapat apa-apa pun kalau tak jadi apa-apa.

Siapa Kata?

Jom Mal cerita sikit pasal sifat produk takaful, kelebihan dan juga perbezaan berbanding produk insurans.

Nanti kawan-kawan boleh nampak kenapa takaful adalah pemenang besar berbanding insurans.

Takaful vs Insurans

Ringkasan perbezaan antara produk takaful dan insurans

Mal akan sentuh secara mendalam di bawah.

Bermula dengan perbezaan asas, iaitu bentuk model perniagaan yang digunapakai oleh takaful dan insurans

Model Perniagaan Insurans
  1. Pemegang polisi membayar premium.
  2. Duit premium tersebut terus masuk ke dalam dana rizab yang merupakan milik penuh syarikat insurans.
  3. Sebarang tuntutan manfaat insurans akan dibayar daripada dana rizab tersebut.
  4. Pihak syarikat insurans akan melaburkan dana rizab tersebut.
    Sebarang keuntungan adalah hak milik penuh pihak syarikat.
Boleh nampak tak ketidak-adilan yang boleh berlaku di sini?

Pemegang polisi tiada hak ke atas dana tersebut, melainkan untuk mendapatkan manfaat yang dijanjikan dengan membuat tuntutan.

Syarikat insurans pula mempunyai kaitan secara langsung dengan dana tersebut, sekaligus membawa kepada konflik kepentingan (conflict of interest).

Sebab dana rizab syarikat adalah keuntungan pihak syarikat, maka sudah tentu pihak syarikat akan mempertahankan keuntungan mereka sebaik mungkin.

Dana rizab yang dilaburkan tidak semestinya di tempat yang patuh syariah kerana ia bukanlah satu syarat yang telah ditetapkan.

Segala keuntungan dari pelaburan pula akan kembali kepada syarikat sebagai keuntungan.

Tiada bahagian keuntungan daripada pelaburan dana buat pemegang polisi langsung.

Objektif produk insurans adalah untuk memberikan keuntungan maksimum kepada syarikat insurans.

Kenapa Insurans Hukumnya Haram?

Terdapat 3 unsur di dalam produk insurans yang menyebabkannya jatuh hukum haram:

Riba’
  • Berlaku perbezaan nilai antara jumlah pampasan dan premium yang dibayar di dalam perjanjian jual-beli.
  • Transaksi jual dan beli tidak berlaku pada suatu masa. Tuntutan dibayar pada suatu masa yang berbeza bukan pada masa perjanjian dibuat.
  • Bunga dikenakan pembayaran premium yang lewat.
  • Bunga di dalam pelaburan yang bukan patuh syariah.
Gharar (Ketidak-pastian)
  • Jumlah dan masa pemberian pampasan tidak dapat dijelaskan semasa perjanjian jual-beli yang dimeterai.
  • Pemegang polisi tiada ekuiti di dalam model insurans.
  • Sekiranya tiada sebarang tuntutan, pemegang polisi tidak akan mendapat apa-apa.
  • Adalah tanggungjawab pihak syarikat insurans untuk memenuhi pembayaran tuntutan. Adakala ia tidak dikotakan.
Maysir (Perjudian)
  • Pemegang polisi berkemungkinan untuk mendapat jumlah wang besar yang tak setimpal dengan pembayaran yang dibuat.
  • Pemegang polisi berkemungkinan untuk tidak mendapat apa-apa walaupun pembayaran premium dibuat.
  • Pihak syarikat insurans berkemungkinan mengalami kerugian besar jika berlaku terlalu banyak tuntutan pada suatu masa.
  • Pihak syarikat insurans berkemungkinan mendapat keuntungan besar jika jumlah kutipan premium melebihi jumlah tuntutan yang dibayar.

Kenapa takaful halal?

  • Takaful menggunakan konsep bantu-membantu dalam bentuk sedekah di dalam tabung bersama yang dipegang oleh pihak ketiga dalam bentuk amanah.
    Konsep kumpulan tabung yang serupa dengan konsep kutu yang Mal cerita hari tu:
  • Penggunaan konsep sedekah sahaja secara langsung dapat menangkis elemen haram dalam perjanjian jual-beli yang digunakapai oleh model perniagaan insurans seperti perbezaan masa antara perjanjian dan transaksi jual-beli, perbezaan jumlah tukaran jual beli (premium vs perlindungan), dan lain-lain.
  • Konsep tabung bersama yang dipegang oleh pihak ketiga pula mengelakkan unsur kerugian atau keuntungan yang melampau kepada kedua-dua pihak.
  • Dengan pemegang dana pada pihak ketiga juga, tidak berlaku conflict of interest pada pihak syarikat untuk membuat pembayaran tuntutan.
  • Disebabkan takaful patuh syariah, maka pelaburan dana juga dilakukan menurut hukum syariah bagi memastikan kesucian dana.
  • Dan yang paling penting, peserta takaful mempunyai ekuiti di dalam tabung tersebut.

Nah, tujuan perlindungan yang diingini dapat dicapai dengan cara yang lebih adil.

Indah bukan?

Model Perniagaan Takaful
  1. Pemegang sijil membayar caruman.
  2. Pihak operator akan mengambil upah daripada bayaran caruman, dan baki daripadanya akan dimasukkan ke dalam akaun peserta individu.
    Akaun ini adalah hak milik peserta sepenuhnya.
    Di sini jugalah datangnya nilai tunai (cash value) bagi sijil takaful.
  3. Bayaran tabarru’ (derma) akan dibuat daripada akaun peserta ke dalam dana risiko bersama peserta.
  4. Dana di dalam akaun peserta individu dan dana risiko bersama peserta akan dilaburkan. Pulangan akan dikongsi bersama dengan takaful operator dan peserta.
  5. Sebarang tuntutan yang dibuat akan dibayar daripada dana risiko bersama peserta.
  6. Sebarang lebihan pada setiap tahun akan dipulangkan kepada peserta dan pihak operator sebagai upah pada kadar yang dipersetujui.
  7. Sekiranya berlaku defisit pada dana risiko bersama peserta, pihak operator akan memberi pinjaman pada kadar sifar faedah kepada dana tersebut.

Takaful atau Insurans?

Mal dah cerita panjang lebar kat atas tu.
Kawan-kawan rasa mana yang terbaik?

Dari segi harga, produk takaful sekarang sudah sangat kompetitif dan tidak jauh beza dengan harga premium insurans konvensional.

Mai hubungi Mal untuk dapatkan quotation takaful hibah dan medical card secara percuma.

Stay tuned~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: