R&B membawa maksud Room & Board.
Bahasa mudahnya, harga sewa bilik wad di hospital.
Dan harga pakej bilik adalah termasuk makanan dan lain-lain servis berkaitan.
Harga bilik wad hospital berbeza mengikut jenis dan saiz.
Untuk saiz ada yang bilik single, kongsi 2 orang, 4 orang, dan lain-lain.
Harga R&B untuk bilik private single dah pastilah mahal, dan bilik kongsi dah pasti murah.
Kita boleh pilih berapa harga bilik yang akan ditampung oleh pelan takaful medical card kita.
Harga pelan R&B paling murah di pasaran sekarang adalah RM100 satu malam dan paling mahal pula ada yang sampai RM2,000 satu malam.
“Wow, 1 bilik 1 malam boleh sampai RM2,000? Kalah harga hotel ni.”
Ya, julat harga memang besar sebab keperluan dan kemahuan setiap individu berbeza.
Jadi kita kenalah pilih yang sesuai dengan keperluan kita.

Q : Macamana nak pilih?
A : Macam Mal cakap tadi,ikut keperluan dan keselesaan kita.
Tapi sebagai panduan asas jom Mal cerita sikit.
Tak adalah nanti terpinga-pinga nak pilih pakej R&B berapa kan?
Contoh panduan asas pemilihan harga pelan R&B
Mal rasa rata-rata semua orang sukakan privasi jadi dah tentu bilik jenis single menjadi pilihan.
Tapi bilik single mempunyai demand yang tinggi dan supply yang terhad, jadi harganya memang mahal sikitlah.
Jom kita survey harga bilik hospital di Malaysia.
Kita target bilik single standard sahaja dulu.
Menurut kajian ringkas, kadar harga bilik purata setiap negeri pada tahun 2020 adalah dalam lingkungan RM150-230 (kecuali di Penang pada RM280).
Harga bilik bergantung pada hospital, negeri, lokasi, dan lain-lain.
(Cari : “Malaysian Hospital Room Rates”)
Kemudian,
Walaupun kos rawatan meningkat dengan kadar inflasi sehingga lebih daripada 12% setahun, tapi menurut data setakat ni harga R&B di hospital tidaklah meningkat pada kadar yang sama.
Menurut data, peningkatan harga R&B hanyalah sekitar 1% sahaja setahun dalam tempoh 5 tahun kebelakang dari tarikh kajian.
Jadi, berdasarkan data ni, Mal rasa adalah sesuai untuk kita pilih pelan R&B dalam lingkungan RM250 sahaja.
Pada kadar inflasi 2%, harga bilik masih tidak jauh berbeza dari had ini untuk tempoh sehingga 10 tahun akan datang.

Tapi!
Harga yang Mal pilih ini cuma panduan am sahaja ya.
Sila ambil perhatian yang asas kepada pilihan Mal di atas adalah seperti berikut.
- Pilihan bilik adalah jenis single standard sahaja.
- Harga pilihan adalah berdasarkan purata harga bilik di Hospital di Malaysia. Purata harga adalah berbeza mengikut negeri.
- Pelan pilihan boleh menampung keseluruhan atau sekurang-kurangnya 90% dari harga R&B yang dipilih.
- Pelan pilihan akan relevan selama tidak kurang 5 tahun dari sekarang sebelum penambahan bayaran perlu dibuat kepada harga R&B.
Apa-apa pun, Mal nasihatkan untuk minta quotation dari ejen bagi harga R&B yang lain untuk buat perbandingan harga pelan keseluruhan.
Yang penting kita mampu untuk bayar bulanan takaful tu.
Q: Kalau harga bilik lebih mahal dari pelan macamana?
“Mal, kalau ambik pelan RM150, tapi harga bilik RM200, nanti jadi macamana pulak? Nak kena bayar sendiri ke?”
Berkenaan lebihan harga bilik dari kadar pelan yang dipilih, sila baca dulu apa syarat yang dikenakan oleh pihak takaful operator.
Kalau tak tahu nak cari di mana, sila tanya pada ejen masing-masing.
Tapi ikut yang Mal kaji, kebanyakan produk mengenakan syarat di mana kita hanya perlu topup lebihan harga tadi tu dan cas-cas tambahan lain yang terlibat.
Kata Akhir
Info yang Mal kongsikan di atas adalah sebagai panduan kasar sahaja ya. Apa-apa pun, pastikan untuk bincang dan dapatkan nasihat dari ejen masing-masing.
One thought on “Harga Room & Board dan Cara Pilih”