Pada masa Mal tulis posting ni, terdapat 11 Takaful Operator berdaftar di Malaysia.
Setiap takaful operator menawarkan pelbagai jenis produk yang unik untuk memenuhi keperluan perlindungan individu yang berbeza.
Untuk produk takaful pula, Mal rasa antara topik yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini adalah simpanan dan pelaburan dalam pelan takaful.
Investment-Linked Plan (ILP)
Perlindungan dan pelaburan dalam satu pelan.
2-in-1!
Pelan terbaik yang lengkap… bukan?
Jom kita bincang sikit pasal pelan takaful ILP ni.
Apa itu Takaful ILP?
Kawan-kawan boleh baca sikit dulu berkaitan dengan Konsep Perniagaan Takaful Keluarga yang Mal kongsikan sebelum ni.
Pada asasnya, kebanyakan pelan Takaful yang ada di pasaran di Malaysia ni menggunakan model perniagaaan yang sama.
Dalam pelan produk yang bukan dipasarkan sebagai ILP, segala keputusan berkenaan pelaburan duit di dalam Akaun Peserta dan Dana Risiko Bersama Peserta dibuat oleh Takaful Operator.
Kita sebagai peserta cuma tiada kuasa untuk memilih.
Perbezaan pada Takaful ILP adalah di mana kita sebagai peserta diberi peluang untuk memilih ke tabung mana duit di dalam Akaun Peserta kita itu dilaburkan.
Di dalam pelan Takaful ILP, peserta boleh memilih ke mana duit di dalam Akaun Peserta akan dilaburkan.
Apa Kelebihan Takaful ILP?
Ada beberapa kelebihan model takaful ILP berbanding tradisional.
- Akaun Peserta Individu menjadi pelampung kepada kos tabarru’ yang akan meningkat seiring masa. Jadi bayaran caruman tidak akan meningkat sekerap dan setinggi pelan tradisional.
- Sekiranya kita berhadapan dengan kesulitan untuk membayar caruman, duit di dalam Akaun Peserta Individu boleh digunakan untuk membayar kos tabarru’. Tapi hanya untuk kes kecemasan sahaja ya dan hanya sekiranya baki di dalam Akaun Peserta kita itu mencukupi.
- Sijil tidak akan terbatal serta-merta jika kita terlepas jadual pembayaran, sekiranya baki di dalam Akaun Peserta Individu masih mencukupi untuk menampung kos tabarru’.
- Mendisiplinkan diri kita secara forced savings untuk menyimpan.

Pada awalnya pelan ILP akan perlu membayar caruman yang ketara lebih tinggi berbanding dengan pelan tradisional.
Tetapi bayaran caruman pelan ILP akan lebih mendatar berbanding dengan pelan tradisional pada jangka panjang.
Q: Kenapa caruman boleh mendatar?
A: Kerana nilai tunai akaun peserta adalah tinggi

- Pada awalnya, kita akan membayar caruman (garisan hijau) yang lebih tinggi daripada jumlah sebenar kos tabarru’.
- Baki dari bayaran caruman tu akan dimasukkan ke dalam Akaun Peserta Individu (garisan merah).
- Kos tabarru’ (garisan biru) akan meningkat seiring masa kerana kos rawatan dan kesihatan meningkat setiap tahun (purata 12% setahun).
- Hingga pada suatu masa, kos tabarru’ akan melampaui bayaran caruman kita.
- Apabila ini berlaku, duit di dalam Akaun Peserta Individu akan digunakan untuk menampung perbezaan kos tersebut. Jadi kita tak perlulah untuk menambah bayaran caruman setiap bulan.
- Seiring masa, jumlah duit di dalam Akaun Peserta Individu (garisan merah) kita akan menyusut kerana digunakan untuk menampung defisit bayaran tabarru’ tadi.
TAPI!
Harus Mal ingatkan ya
1. Bayaran caruman malar sepanjang tempoh sijil adalah tidak dijanjikan.
2. Nilai Tunai adalah tidak dijamin.
Ini adalah kerana prestasi Akaun Peserta Individu adalah tidak dijamin.
Ada masa pulangannya lumayan.
Ada masa pulangannya rendah dari yang dirancang.
Lumrah melabur.
Ada kemungkinan yang pihak Takaful Operator terpaksa juga meningkatkan bayaran caruman kita demi kelangsungan dana takaful tersebut.
Adakah produk takaful ILP ini terbaik?
Tidak.
Tiada pelan yang terbaik untuk semua individu.
Yang ada hanyalah pelan yang paling sesuai kepada keperluan setiap individu.
Macam Mal selalu tekankan, sila dapatkan khidmat nasihat dari ejen takaful masing-masing.
“Kejap, kan ada “Investment” dalam ILP tu. Macamana pulak ceritanya?”
Pada pandangan Mal, ciri-ciri pelaburan yang ditawarkan dalam produk takaful ILP adalah lebih kepada penambah-baikan kepada ciri-ciri produk takaful sahaja seperti yang Mal terangkan di atas.
Berdasarkan kajian ringkas yang Mal buat, pulangan pelaburan di Takaful ILP tidak dapat dibandingkan dengan pulangan di instrumen pelaburan khusus lain yang lebih tinggi.
Asingkan
Pelan Perlindungan
dari
Pelan Pelaburan
Nak pulangan hebat? Ada lagi tempat lain yang boleh beri pulangan tinggi sehingga 2 digit seperti Unit Trust.
Nanti Mal akan update cerita pasal Unit Trust pulak lepas habis cerita pasal Takaful.
Stay tuned~