Untuk topik kali ni agak berat dan bosan sikit.
Tapi Mal nak share jugak sebagai rujukan kawan-kawan.
Di seluruh dunia ni, Malaysia merupakan antara pioneer dalam industri Takaful.
Banyak negara merujuk kepada sistem dan model yang diguna-pakai di negara kita.
Hebat tak?
Secara am, terdapat 2 jenis model asas perniagaan yang diguna-pakai di dalam industri Takaful:
Mudarabah
Wakalah
Mudarabah
Satu bentuk kontrak perkongsian keuntungan.
Kita sebagai peserta takaful menyediakan dana, dan takaful operator akan melaburkan dana tersebut.
Takaful Operator menjana pendapatan dengan menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan akan di kongsi bersama pada kadar yang dipersetujui.
Wakalah
Senang kita ingat maksud perkataan wakil.
Takaful Operator hanyalah berfungsi sebagai wakil untuk menjaga tabung-tabung dalam produk takaful yang ditawarkan.
Takaful Operator menjana pendapatan dengan:
- Mengambil upah sebagai wakil (wakalah fee) dari bayaran contribution kita bulan-bulan.
- Mengambil upah untuk mengurus dana (performance fee) pelaburan kita tadi.
Walaubagaimanapun, prinsip wakalah dan variasinya merupakan model perniagaan yang paling meluas di Malaysia sekarang menggantikan mudarabah.
Jadi sebagai konsumer, kita tak perlu nak tengok produk takaful tu menggunakan prinsip wakalah atau mudarabah.
Macamana konsep takaful keluarga berfungsi?
Takaful keluarga (hibah) adalah bersifat jangka panjang.
Tempoh sijil berlangsung boleh lanjut sehingga 99 tahun.
Jadi ianya adalah suatu bentuk komitmen jangka panjang.

※ 1 Merujuk kepada Dana Shareholder Takaful Operator.
※2 Qardh : Pinjaman tanpa faedah yang diberikan oleh Takaful Operator sekiranya berlaku defisit dalam Dana Risiko Bersama Peserta (PRF).
Ilustrasi di atas menunjukkan carta alir pergerakan dana di dalam satu sistem takaful keluarga.
- Peserta membayar duit caruman (contribution) kepada takaful operator.
- Takaful operator akan memasukkan duit caruman tersebut ke dalam Akaun Peserta
- Kemudian duit akan disalurkan dari Akaun Peserta kepada Dana Risiko Bersama Peserta mengikut kadar risiko peserta semasa.
Ini yang dipanggil sebagai Tabarru’. - Duit di dalam Akaun Peserta dan Dana Risiko Bersama Peserta akan dilaburkan untuk mendapat pulangan keuntungan.
Pihak takaful operator akan mengenakan bayaran sebagai upah kepada usaha mereka melaburkan dana tersebut. - Apabila berlaku sebarang tuntutan, duit akan dikeluarkan daripada Dana Risiko Bersama Peserta.
- Pada hujung tahun semasa nak tutup buku, jika terdapat lebihan (surplus) dalam pelaburan pada Dana Risiko Bersama Peserta, keuntungan akan dimasukkan kembali ke dalam dana.
Pihak takaful operator akan mengenakan bayaran sebagai upah kepada usaha mereka melaburkan dana tersebut. - Jika peserta memilih untuk menyerahkan sijil, atau apabila sudah sampai tempoh matang, duit terkumpul di dalam Akaun Peserta akan dikembalikan kepada peserta.
Ini dinamakan sebagai Nilai Tunai (Cash Value).
Tapi, tak semua produk takaful mempunyai Cash Value.
Ada beberapa produk yang menyatakan produk tersebut tidak mempunyai Cash Value.
Ini membawa maksud produk tersebut menggunakan variasi yang lain sedikit daripada ilustrasi di atas.
Sila double check maklumat produk samada pelan tersebut mempunyai Cash Value atau tidak.
Cash Value? Savings? Investment? Apa beza?
Mesti kawan-kawan pernah dengar cerita pasal menyimpan dan melabur di dalam takaful bukan?
Untuk pasal ni nanti Mal akan sentuh dalam topik lain.
Stay tuned~
2 thoughts on “Konsep Perniagaan Takaful Keluarga”